Bagaimana Cara Mendapatkan Sijil Pepasangan Keselamatan Kebakaran

Pada dasarnya, setiap peralatan keselamatan kebakaran yang ingin dipasang pada struktur bangunan di Malaysia perlu mendapat kelulusan daripada Fire Department of Malaysia (BOMBA). Kelulusan ini tidak sama dengan pensijilan yang dikeluarkan oleh standard body seperti SIRIM, FM, UL, CE atau sebagainya.

Approval certificate adalah satu sijil yang dikeluarkan oleh Fire Department of Malaysia (BOMBA) ke atas sesuatu produk atau peralatan pencegahan kebakaran. Sijil ini dikeluarkan oleh organisasi yang bertanggungjawab meluluskan Fire Certificate bagi sesuatu bangunan iaitu Fire Department of Malaysia (BOMBA) itu sendiri.

Ya, kemungkinan besar anda akan mengalami masalah sekiranya memasang peralatan yang tidak pernah diluluskan /disijilkan oleh mereka.

Bagaimana Cara Mendapatkan Sijil Pepasangan Keselamatan Kebakaran

Sample of approval certificate by Fire Department Malaysia (BOMBA)

Kebanyakan pengeluar produk dan peralatan pencegahan kebakaran terlepas pandang bahawa produk mereka akan lebih bernilai sekiranya produk dan peralatan yang melibatkan pencegahan kebakaran diiktiraf dan diberi sijil kelulusan oleh Fire Department of Malaysia (BOMBA) untuk digunakan di pasaran Malaysia.

Di Malaysia, Fire Department of Malaysia (BOMBA) memiliki kredibiliti yang tinggi, masyarakat bergantung kepada mereka dalam isu keselamatan kebakaran. Sijil ini seolah-olah menyatakan “Hey guys, this product is safe to be used. – From Fire Department of Malaysia (BOMBA)”. Jadi anda boleh bayangkan impaknya 🙂

Di Malaysia, kebanyakan barangan dan produk yang digunakan bagi tujuan pencegahan kebakaran perlu melepasi piawaian yang telah ditetapkan oleh standard body seperti Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM).

Selepas itu, barulah pihak pengeluar produk tersebut boleh memohon secara bertulis bagi mendapatkan approval certificate yang akan dikeluarkan oleh Fire Department of Malaysia (BOMBA).

Namun begitu, tidak kesemua produk dan peralatan keselamatan kebakaran yang dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia memerlukan kelulusan piawaian daripada SIRIM untuk mendapatkan sijil kelulusan dari Jabatan Bomba Malaysia.

Ini kerana sekiranya produk dan peralatan itu telah mendapat pensijilan daripada standard body seperti FM,UL atau CE, mereka juga layak untuk memohon. Tetapi produk seperti portable fire extinguisher, fire rated door dan beberapa produk lain mesti mendapat kelulusan daripada SIRIM.

Perlu diingat, Approval certificate dari Fire Department of Malaysia (BOMBA) perlu diperbaharui setiap tahun. Dalam masa yang sama juga pihak pengeluar produk perlu memastikan pensijilan dari standard body juga masih sah dan belum tamat tempoh.

Bagi memohon untuk mendapatkan Approval Certificate dari Fire Department of Malaysia (BOMBA), pihak pengeluar atau pembekal produk boleh mengemukakan surat permohonan. Berikut adalah senarai semak bagi mendapatkan approval certificate.

SENARAI SEMAK PERMOHONAN (PERMOHONAN BARU)

Mana-mana permohonan hendaklah terdiri daripada checklist (senarai semak) seperti di bawah :

1. Surat permohonan rasmi syarikat.

2. Borang permohonan (Borang BKK-PKK 1). Klik sini

3. Salinan surat lantikan pengedar (jika bukan pengeluar) – surat lantikan daripada luar negara hendaklah disahkan oleh pesuruhjaya sumpah tempatan (commissioner for oath)

4. Salinan laporan ujian terbaru – Mana-mana laporan ujian daripada luar negara hendaklah disahkan oleh pesuruhjaya sumpah tempatan (commissioner for oath)

5. Profil syarikat (seperti carta organisasi, work flow dsb).

6. Brochure dan dokumen sokongan.

7. Mini sample bahan / sistem (bersama lebel syarikat, nama bahan)

Bagi permohonan suppression system (halon alternative), pemohon perlu melengkapkan dokumen tambahan seperti berikut :

8. Borang Khas (Halon Alternative).

9. Laporan Ujian Toxicity

Sekiranya anda memerlukan khidmat konsultan bagi tujuan mendapatkan Approval Certificate dari Fire Department of Malaysia (BOMBA), pihak kami sedia membantu. Anda boleh hubungi kami.

Adakah artikel ini membantu anda?

Ya / tidak