Bintang Ukhwah Services Pembekal alat pemadam api

Pembekal Alat Pemadam Api Selangor, Kuala Lumpur, Johor

Pada masa sekarang, alat pemadam api tidak hanya diletakkan di premis-premis perniagaan ataupun di syarikat-syarikat malahan ianya turut diletakkan di rumah. Ini adalah sebagai satu langkah berjaga-jaga sekiranya terjadi kebakaran di rumah.

Terdapat pelbagai jenis alat pemadam api yang boleh didapati dipasaran dengan mudah dan pada harga yang berpatutan, tidak lagi seperti dulu kala. Kini, kalau anda tidak mempunyai masa atau mempunyai kekangan untuk ke kedai, anda hanya perlu melayari internet melalui telefon pintar ataupun menggunakan komputer anda untuk mencari pembekal alat pemadam api.

Sebelum anda melakukan sebarang transaksi atas talian, pastikan terlebih dahulu syarikat pembekal alat pemadam api tersebut adalah sebuah syarikat yang telah berdaftar di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Bagaimana untuk anda mengetahui bahawa syarikat itu telah berdaftar ataupun tidak? Mudah sahaja, anda boleh memeriksa senarai syarikat yang telah berdaftar di laman web https://efeis1.bomba.gov.my. Terdapat lebih kurang 108 pusat eFEIS di seluruh Malaysia, ini termasuklah syarikat kami iaitu Bintang Ukhwah Services.

Seelok-eloknya sebelum anda membeli alat pemadam api, dinasihatkan terlebih dahulu untuk mempelajari cara menggunakannya dengan betul dan selamat. Ini bagi memastikan tiada kemalangan yang mungkin terjadi sekiranya anda secara tiba-tiba perlu untuk menggunakan alat pemadam api tersebut.

Selain itu, anda juga perlu memastikan anda tahu cara-cara asas penjagaan alat pemadam api, anda boleh mendapatkan maklumat ini daripada pembekal alat pemadam api itu sendiri. Ianya penting bagi mengelakkan alat pemadam api tersebut daripada mengalami sebarang kerosakan atau tidak berfungsi dengan baik ketika sedang hendak digunakan dan sekaligus akan menyebabkan kerugian kepada diri anda sendiri.

Perbezaan antara alat pemadam api

Setiap alat pemadam api adalah berbeza mengikut jenis-jenisnya. Jenis-jenis alat pemadam api yang wujud dipasaran ialah pemadam api air, pemadam api buih, pemadam api karbon, pemadam api dioksida dan pemadam api serbuk kering. Setiap jenis pemadam api mempunyai fungsi yang berbeza bagi menghentikan jenis kebakaran yang berlainan.

Ini bermaksud, setiap pemadam api mempunyai kebolehan memadam jenis kebakaran yang telah ditetapkan dan setiap satu jenis pemadam api tidak mempunyai kebolehan untuk memadamkan semua jenis kebakaran .

Oleh itu, sebelum anda membeli alat pemadam api adalah sewajarnya anda bertanyakan dulu kepada pembekal alat pemadam api, jenis pemadam api yang manakah yang bersesuaian untuk anda atau mengikuti kursus yang disediakan oleh Pihak Bomba terlebih dahulu untuk mengenali jenis-jenis kebakaran dan manakah alat pemadam api yang sesuai untuk digunakan. Yang paling penting ialah, anda memilih label dan saiz yang tepat dan bersesuaian untuk keadaan anda.

pembekal pemadam api malaysia

Terdapat banyak laman web diluar sana yang menjual pelbagai jenama, saiz dan jenis alat pemadam api yang boleh dipilih dan salah satu syarikat pembekal alat pemadam api adalah kami dan syarikat kami juga berdaftar dibawah Jabatan Bomba dan Penyelamat. Sewajarnya anda memilih pembekal alat pemadam api dengan berhati-hati dan mendapatkan pandangan daripada mereka yang lebih arif terlebih dahulu sebelum terus membeli.

Terutama bagi mereka yang pertama kali membeli, haruslah mengetahui dengan lebih lanjut tentang jenis alat pemadam api yang lebih bersesuaian untuk dibeli. Anda boleh menghubungi kami secara terus di live chat kami jika mempunyai soalan-soalan yang masih lagi mengelirukan anda.

Pembekal alat pemadam api

Kami turut menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma di kawasan tertentu. Tentunya ini akan lebih memudahkan anda kerana alat pemadam api dapat dihantar terus ke rumah. Selain daripada itu, syarikat kami iaitu Bintang Ukhwah Services turut menyediakan perkhidmatan servis pemadam api bagi memudahkan pelanggan kami tanpa perlu mencari syarikat lain untuk pekara yang sama.

Salah satu cara untuk memastikan keberkesanan alat pemadam api adalah memastikan orang yang mengambil atau menemui alat pemadam api perlulah seorang yang bersedia, tidak panik dan berkebolehan menggunakan alat pemadam api. Cara untuk menggunakan alat pemadam api sangatlah mudah.