Pencemaran Bahan Kimia Di Sungai Kim Kim : 6 Langkah Pencegahan

Kejadian pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor yang menggemparkan seluruh negara telah membawa pada penemuan baharu mengenai bacaan bahan kimia terkini di kawasan tersebut.

Pencemaran Bahan Kimia Di Sungai Kim Kim

Kesemua pihak berkuasa yang terlibat untuk mengawal kejadian ini seperti Pasukan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat), Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) telah pun membuat pembersihan awal sisa tumpahan kimia di darat dan sisa yang timbul di permukaan sungai.

Sebanyak 2.43 tan bahan kimia bercampur tanah telah dikeluarkan yang mengakibatkan Pencemaran Bahan Kimia Di Sungai Kim Kim.

Menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara, berikut antara bahan kimia yang dikesan di kawasan bencana:

1) Metana: 0.96 ppm (part per million)

2) Hidrogen Klorida: 1.63 ppm (part per million)

3) Acrylonitrile: 7.33 ppm (part per million)

4) Acrolein: 5.29 ppm (part per million)

5) Benzene: 1.87 ppm (part per million)

6 Langkah Awal Pencegahan Jika Terhidu Bahan Kimia

1. Elakkan Diri Dari Melalui Kawasan Bencana

Semua orang awam berdekatan dinasihatkan agar mengelak dari melalui atau mendekati kawasan kejadian. Ini boleh mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini berlaku.

2. Dapatkan Rawatan Dengan Segera

Jika anda mengalami tanda-tanda terhidu atau terkena bahan kimia seperti loya, muntah, sesak nafas, sakit mata dan sakit dada ketika berada di sekitar kawasan kejadian, dapatkan rawatan dengan segera. Jangan melengah-lengahkan.

3. Pakai Alat Perlindungan Diri

Orang awam dan anggota petugas yang terlibat disarankan mengambil langkah keselamatan diri dan pencegahan termasuk memakai alat pelindung diri yang sesuai mengikut spesifikasi dan arahan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Pencemaran Bahan Kimia Di Sungai Kim Kim

4. Tidak Beriadah Di Kawasan Yang Tercemar

Orang awam juga dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang aktiviti riadah hampir atau di kawasan yang tercemar sehingga ada arahan lanjut yang dibuat oleh pihak yang berwajib. Elakkan mengambil risiko yang boleh membahayakan nyawa.

5. Mandi dan Cuci Pakaian Secara Berasingan

Orang awam berkemungkinan terdedah kepada bahan-bahan kimia yang berbahaya, anda dinasihatkan agar mandi dan mencuci pakaian secara berasingan bagi mengelakkan berlakunya jangkitan pada kulit.

Pencemaran Bahan Kimia Di Sungai Kim Kim

6. Peka Dengan Maklumat Dari Semasa Ke Semasa

Orang awam juga diminta mengikuti perkembangan kejadian dari semasa ke semasa, mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih serta mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agar segalanya berjalan lancar.

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Johor