Servis pemadam api

Servis pemadam api? Seperti kereta, ianya perlu di servis juga. Ya, setiap alat pemadam api perlu untuk di servis secara rutin dari masa ke masa. Ini bukannya alat penyembur minyak wangi, walaupun tidak digunakan ia masih perlu untuk di servis. Ini bagi memastikan alat pemadam api ini berada dalam keadaan yang baik dan mencegah kerusakan. Alat pemadam api digunakan ketika waktu kecemasan, jika kita menggunakan yang rosak akan mendatangkan bahaya kepada diri kita sendiri.

Selain daripada pemeriksaan terus kepada alat pemadam api, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian berkaitan alat pemadam api. Paling utama tentunya posisi alat pemadam api itu sendiri. Setiap alat pemadam api perlulah diletakkan secara menegak. Selain itu, alat pemadam api perlulah mudah untuk dicapai sekiranya berlaku kecemasan. Elakkan ia daripada di halang oleh objek-objek seperti kain atau apa sahaja barangan yang boleh menghalang anda dari mencapai alat pemadam api tersebut.

Perbezaan antara pemeriksaan dan servis

Pemeriksaan kebiasaannya dilakukan secara cepat dan tidak dengan teliti. Kekerapan pemeriksaan dilakukan adalah bebas tetapi skurang-kurangnya sebulan sekali. Pemeriksaan setiap alat pemadam api adalah penting untuk memastikan alat pemadam api tiada kerosakan jelas yang mungkin memerlukan perhatian dengan cepat.

Servis pemadam api dilakukan dalam jangka masa yang tetap, seeloknya setahun sekali atau jika ada kerosakan yang dikesan semasa pemeriksaan dilakukan. Servis ialah proses pemeriksaan yang lengkap dan teliti. Ia dijalankan untuk memberi jaminan bahawa alat pemadam api dapat berfungsi dengan baik. Semasa servis, alat pemadam api akan diperiksa dan mana-mana bahagian yang rosak akan dipulihara atau diganti.

Bulanan

Tidak semestinya servis pemadam api hanya perlu tunggu sehingga ke kedai malah alat pemeriksaan alat pemadam api secara sendiri turut dikira sebagai servis. Sekurang- kurangnya sebulan sekali alat pemadam api perlu diperiksa dengan teliti bagi memastikan ianya bebas daripada sebarang kerosakan yang memerlukan pemulihan dengan cepat. Kita tidak tahu bila kita akan memerlukan alat pemadam api jadi sebaiknya kita sendiri mengambil inisiatif untuk berjaga-jaga. Antara perkara yang perlu diambil berat ketika memeriksa alat pemadam api ialah:-

1) POSISI. Pastikan alat pemadam api diletakkan di tempat yang boleh dicapai dengan mudah dan senang untuk dilihat.

2) TERTUTUP. Pastikan bahawa alat pemadam api tertutup dengan rapid an tiada bahagian yang bocor atau ruang untuk udara bebas keluar.

3) KEROSAKAN. Pastikan tiada tanda-tanda kerosakan yang jelas pada alat pemadam api anda seperti hakisan ataupun nozel tersemubat. Jika ada, adalah lebih baik anda menggantikan alat pemadam api tersebut dengan yang baru.

Tahunan

Sekurang-kurangnya setahun sekali, setiap alat pemadam api perlu menjalani proses servis pemadam api yang asas. Proses ini perlu mengikut prosedur standard yang telah ditetapkan dan dilakukan oleh syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan eFEIS. Senarai syarikat yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS boleh dirujuk di Portal eFEIS iaitu http://efeis.bomba.gov.my dan kami syarikat Bintang Ukhwah Services adalah sebuah syarikat yang berdaftar. Proses ini melibatkan pemeriksaan secara lengkap setiap alat pemadam api. Kakisan atau bocor akan dikenal pada waktu ini. Mana-mana alat pemadam api yang dianggap tidak sesuai atau rosak akan diberitahu pada pemilik dan dibuang.

1) Alat pemadam api akan dipemeriksa secara visual untuk melihat jika ada sebarang karosakan yang jelas seperti kakisan ataupun kebocoran.

2) Alat pemadam api akan diperiksa untuk memastikan sama ada ia telah digunakan atau belum. Melihat sama ada pin keselamatan masih di tempatnya atau telah dibuka dan memastikan bacaan tolok tekanan.

3) Alat pemadam api akan diperiksa bagi memastikan cara penggunaan alat pemadam api yang dilekatkan adalah jelas dan betul.

4) Hos akan diperiks bagi memastikan hos tersebut tidak tersumbat dan tiada kakisan.

5) Berat alat pemadam api akan ditimbang dan berat tersebut akan dicatat pada label servis sebagai rujukan. Kalau lebih 10% berat yang berkurang, periksa untuk mencari punca dan timbang semula.

6) Alat pemadam api kemudiannya akan dilap menggunakan kain bagi membuang debu-debu atau kotoran yang mungkin melekat pada alat pemadam api.

7) Pastikan “wall mounting” berada dalam keadaan yang baik dan selamat sebelum meletakkan perkakas kembali ke dinding.

Setiap 5 Tahun Setiap lima tahun, alat pemadam api perlu menjalani servis lanjutan. Servis lanjutan adalah berbeza dengan servis asa kerana ia melibatkan pemeriksaan kandung alat pemadam api tersebut. Alat pemadam api akan diuji pengeluarannya sama ada masih berfungsi ataupun tidak sebelum diisi semula.

1) Alat pemadam api akan dilepaskan bagi melihat ia masih berfungsi atau tidak.

2) Skru di kepala akan dilonggarkan dengan selamat dan setiap bahagian yang boleh ditanggal akan diperiksa untuk melihat tanda-tanda kakisan atau tersumbat.

3) Bahagian dalam alat pemeriksaan api akan diperiksa untuk melihat jika ada kakisan atau tidak.

4) Alat pemadam api akan dibilar menggunakan air bersih.

5) Cincin “O” dan cincin pada hos akan diganti.

6) Alat pemadam api akan diisi semula.

7) Skru di kepala alat pemadam api akan diketatkan semula.

8) Tekanan di dalam alat pemadam api akan diisi semula.

9) Selepas menggantikan bahan kimia di dalam alat pemadam api, label baru akan diletakkan lengkap dengan maklumat bahan kimia tersebut.

Harga servis setiap alat pemadam api adalah berbeza bergantung kepada sesuatu tempat. Adalah lebih baik jika anda sebagai pengguna menelitit harga satu-satu kedai terlebih dahulu sebelum pergi. Ini untuk memastikan anda mendapat khidmat yang terbaik dengan harga yang lebih berpatutan. Namun amatlah ditekankn di sini bahawa harga menservis alat pemadam api tidaklah daoat dibandingkan dengan nyawa yang boleh diselamatkan jika berlaku kecemasan.

Alat pemadam api tidak boleh digunakan untuk selama-lamanya dan terdapat beberapa factor yang menyebabkan ia tidak lagi boleh untuk digunakan. Antaranya termasuklah penutup di leher alat pemadam api menjadi longgar sekaligus menyebabkan gas untuk terlepas. Selain itu, alat pemadam api yang telah hilang tekanan dengan banyak jugak tidak lagi dapat digunakan. Alat pemadam api jenis ABC biasanya gagal berfungsi kerana bahan kimia di dalamnya mengeras atau mampat. Ini dapat dielakkan dengan menggoncang alat pemadam api tersebut.

Setengah alat pemadam api yang mahal, apabila tidak lagi boleh digunakan terutamanya yang badannya direka secara komersial boleh digunakan kembali untuk isi semula. Malangnya, alat pemadam api yang murah tidak boleh digunakan untuk isi semula dan perlu dibuang. Konklusinya, alat pemadam api haruslah diperiksa dari masa ke semasa dan tidak hanya menunggu sehingga servis. Ia amatlah penting supaya kita boleh menggunakannya ketika kecemasan. Jika ia tidak diperiksa atau diservis, mungkin akan menjadi berbahaya kepada kita jika digunakan ketika kecemasan.