Tips Elak Kebakaran Di Rumah : Cara Melindungi Rumah Dari Kebakaran

Pernah tak anda terdengar penggera berbunyi ketika sedang tidur? Sedar sedar rumah sudah dipenuhi dengan asap. Langkah awal untuk melindungi rumah anda dari kebakaran perlu diambil dengan mempelajari tips elak kebakaran di rumah bagi memastikan nyawa dan kecederaan dapat dielakkan.

Oleh itu, amat penting pendedahan awal diberikan kepada orang ramai mengenai tips elak kebakaran di rumah. Terdapat beberapa langkah untuk memastikan rumah mereka terselamat daripada kebakaran :-

Tips Elak Kebakaran Di Rumah

1) Mempelajari Tips Elak Kebakaran Di Rumah

Setiap orang harus mempelajari tips elak kebakaran di rumah. Bukan sekadar persediaan awal, ia juga membantu mengatasi rasa panik dan cemas andaikata kebakaran sebenar berlaku di rumah. Dalam masa sama, pemilik rumah turut perlu mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh memberi risiko tercetusnya kebakaran.

2) Elakkan Penggunaan Soket Tambahan

Soket tambahan boleh menyebabkan punca kebakaran. Hal ini kerana soket tambahan tidak dapat menampung arus elektrik yang tinggi seterusnya soket tersebut akan cair dan akan mengakibatkan lintar pintas berlaku.

3) Gunakan Peralatan Elektrik yang Mempunyai Stiker Sirim

Peralatan elektrik dengan pelekat sirim telah disahkan di bawah Skim Pensijilan Produk Sirim dan semua peralatan elektrik yang mempunyai stiker tersebut dapat memberikan jaminan yang selamat kepada pengguna dan dapat melindungi rumah anda dari bahaya.

4) Pasang Alat Pengesan Asap bagi Melindungi Rumah

smoke-detector

Banyak kematian dan kecederaan yang berlaku dari kes kabakaran kerana mereka tidak sedar api dan asap telah merebak.Langkah awal adalah sangat penting untuk mengelak dari api menjadi semakin marak.

Karbon monoksida yang merupakan gas yang dihasilkan dalam api akan membuatkan anda tidak sedar jika tidak ada amaran awal.

Oleh itu, alat pengesan asap adalah perkara yang paling berkesan dalam memberikan amaran awal serta dapat melindungi rumah anda dari kebakaran jika berlaku kebakaran terutama ketika orang sedang tidur.

5) Menyediakan Alat Pemadam Api

fire-extinguishers

Setiap rumah perlu mempunyai alat pemadam api sekurang kurangnya satu unit kerana alat pemadam api dapat mengelakkan api dari menjadi semakin marak dan alat pemadam api tersbut perlu diletakkan di tempat tertentu seperti ruang dapur dan juga bilik bagi.

6) Menghadirkan Diri Ke Sesi Latihan Mencegah Kebakaran

Kebanyakkan orang apabila kebakaran berlaku mereka kerap berasa cemas dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika berada dalam situasi yang bahaya.

Oleh itu adalah penting untuk menghadiri latihan mencegah kebakaran kerana mereka dapat belajar cara cara untuk menyelamatkan diri dan tahu untuk bertindak apabila berlaku kebakaran.

Oleh itu, langkah berjaga-jaga dan pencegahan awal ialah penting nagi memastikan kebakaran dapat dielakkan dan bagi memastikan jumlah kematian dan kecederaan dapat dikurangkan.