10 Tindakan Awal Jika Terperangkap Dalam Kebakaran

Kes kebakaran rumah atau pejabat adalah kejadian yang kerap berlaku di negara kita. Sama ada faktor kecuaian sendiri, perbuatan khianat atau faktor cuaca seperti terlalu panas atau dipanah petir. Namun, kematian boleh dielakkan jika kita tahu apa yang perlu dilakukan ketika menghadapi detik-detik cemas itu.

kebakaran-2

Ramai di antara kita tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan insiden tersebut, yang akhirnya boleh meragut nyawa. Antara penyebab kematian ketika terperangkap di dalam bangunan yang terbakar adalah terbakar hampir keseluruhan bahagian badan, sesak nafas akibat asap toksik, dan juga dihempap oleh objek berat seperti dinding atau siling.

Kami ingin berkongsi 10 Tindakan Awal Jika Terperangkap Dalam Kebakaran apa yang perlu anda lakukan dan jangan lakukan, jika terperangkap di dalam bangunan atau rumah yang terbakar.

1. Bertenang

Ini perkara asas paling penting apabila berhadapan dengan situasi cemas. Tak kiralah melibatkan kes kecemasan apa sekalipun, termasuk ke lemas atau kemalangan, anda perlu bertenang. Ya, memang tidak mudah untuk bertenang, tapi mahu tak mahu, anda perlu bertenang.

Jika panik, anda tidak akan boleh berfikir dengan baik dan akan melakukan kesilapan. Ia tidak akan dapat membantu apa-apa malah hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Selain itu, panik akan membuatkan jantung anda berdegup lebih deras, dan membuatkan anda lebih cenderung untuk menyedut asap toksik.

2. Berkumpul

Jika terdapat orang lain di dalam bangunan itu seperti ahli keluarga atau rakan-rakan atau sesiapa sahaja, cuba berkumpul di tempat yang lebih selamat. Ini untuk memastikan tiada siapa yang hilang dan menyukarkan proses menyelamatkan diri.

3. Selamatkan diri

Cuba selamatkan diri sepantas yang mungkin jika kebakaran tidak marak dan anda yakin anda boleh selamatkan diri anda. Dan juga, pastikan laluan untuk menyelamatkan diri itu tidak membahayakan nyawa anda. Hanya anda tahu bagaimana untuk selamatkan diri anda kerana anda berada di rumah sendiri. Telefon pihak penyelamat sejurus anda berjaya menyelamatkan diri.

4. Menelefon pihak penyelamat

Jika tidak dapat menyelamatkan diri dan keluarga, anda perlu secepat yang mungkin untuk menelefon pihak penyelamat iaitu bomba di talian 911. Perkara ini sangatlah penting kerana jika anda tidak menelefon mereka di saat anda sedar akan jadinya kebakaran, kemungkinan kebakaran itu tidak dapat dipadamkan jika ia merebak.

Pihak bomba pula akan mengambil masa untuk sampai ke lokasi kebakaran. Jadi amat penting untuk menelefon mereka terlebih dahulu sebelum apa-apa berlaku.

5. Merangkak di atas lantai

Asap toksik kebakaran tersebut akan berkumpul di bahagian atas iaitu di siling. Untuk mengelak daripada tersedut asap itu, anda perlu merangkak di atas lantai dan cuba dapatkan kain atau tuala basah untuk menutup mulut dan hidung.

6. Elakkan berada dekat dengan dinding

Jika berada hampir dengan dinding, ia akan membahayakan diri seandainya dinding tersebut tiba-tiba runtuh akibat kebakaran dan menghempap anda. Cuba duduk di tempat yang paling lapang yang boleh.

7. Padamkan api pada badan jika ada

Kalau pakaian yang anda pakai terbakar, anda perlu bertindak segera. Jika lambat, api akan membakar anda dan boleh menyebabkan kematian. Jangan panik, berhenti serta-merta (jika anda bergerak), jatuhkan badan anda ke atas lantai, dan gulingkan badan. Dengan cara ini api tersebut akan terpadam dengan lebih cepat.

8. Halang udara toksik

Kalau anda tinggal di apartment dan berada di tingkat atas ketika kebakaran berlaku, jangan cuba panjat keluar melalui tingkap. Jika terperangkap di dalam bilik, tutup pintu bilik dan gunakan selimut atau pakaian. Tutup ruang di bawah pintu untuk menghalang asap toksik daripada masuk ke dalam bilik.

9. Tarik perhatian orang awam / ahli bomba

Jika kebakaran terlalu besar dan anda tak boleh keluar daripada kebakaran, cuba berada di tingkap yang berdekatan agar mereka di luar boleh nampak diri anda. Buang segala barang mudah terbakar seperti langsir daripada tingkap. Cuba untuk melambai-lambaikan kain atau apa sahaja untuk menarik perhatian pasukan penyelamat. Digalakkan guna kain yang berwarna cerah.

10. Jangan masuk kawasan kebakaran

Jika anda berjaya menyelamatkan diri, jangan cuba untuk masuk ke dalam rumah yang sedang terbakar. Ia akan membahayakan nyawa anda. Serahkan tugas menyelamat kepada mereka yang bertauliah dan berpengalaman.

Langkah Awal Pencegahan Kebakaran

1. Pasang alat pengesan asap di rumah

Memasang alat pengesan asap di rumah adalah langkah awal pencegahan kebakaran. Alat ini boleh membantu mengesan asap dan akan memberi amaran serta merta kepada anda agar anda boleh menyelamatkan diri serta merta. Ini juga antara tindakan awal jika terperangkap dalam kebakaran

2. Alat pemadam api

Setiap rumah sebenarnya digalakkan memiliki alat pemadam api untuk kegunaan di rumah. Ia boleh membantu memadamkan kebakaran dari awal agar tidak merebak menjadi api yang marak dengan lebih besar.

Anda boleh mendapatkan alat pemadam api yang bersesuaian dan berkualiti di bintang ukhwah services. Kami memiliki kepakaran dan kemahiran dalam memasang serta mengendalikan alat pemadam api. Kami juga adalah pembekal alat pemadam api di Malaysia.