Pernah nampak tak bekas berbentuk silinder dan berwarna merah yang biasanya tergantung di dinding? Tahu tak apa nama alat itu? Itulah alat pemadam api(APA) sejenis alat yang digunakan untuk mengawal dan memadamkan kebakaran yang kecil.

Alat ini ialah sebuah peranti mudah alih dan digunakan secara manual ketika kecemasan. Ketika kecemasan yang melibatkan api yang kecil sahaja, jika api terlampau besar atau di luar kawalan haruslah anda memanggil bomba.

Salah satu cara untuk memastikan keberkesanan alat pemadam api, adalah memastikan orang yang mengambil atau menemui alat ini perlulah seorang yang bersedia, tidak panik dan berkebolehan dalam menggunakannya.

Cara untuk menggunakannya sangatlah mudah. Anda hanya perlu ingat empat huruf iaitu P.A.S.S. Apa maksud huruf itu sebenarnya?

Pull, Aim, Squeeze, Sweep

P : Pusingkan pin untuk memcahkan kunci keselamatan sebelum mencabut
keluar pin tersebut.
A : Halakan muncung APA tersebut sekurang-kurangnya pada
jarak 2m daripada punca api.
S : Tekan pemicit APA dan lepaskan picu untuk berhenti
S : Halakan APA tersebut ke kiri dan kanan

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis alat pemadam api dan setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza bergantung kepada kelas-kelas kebakaran. Setiap jenis alat pemadam api hanya akan berkesan jika digunakan pada api yang berpunca daripada kelas-kelas kebakaran yang telah ditetapkan sahaja.

Antara jenis-jenis alat pemadam api ialah:-

Alat Pemadam Api

1) Air

Alat pemadam api jenis air akan dilabel dengan pelekat yang berwarna merah. Kebiasaannya pemadam api jenis air digunakan untuk memadamkan kebakaran yang melibatkan bahan pepejal seperti kain, kertas dan kayu. Ia amatlah berbahaya jika digunakan untuk kebakaran elektrik kerana ia dikenali sebagai konduktor elektrik yang baik.

2) Buih

Jika kebakaran melibatkan bahan cecair ataupun gas yang mudah terbakar seperti minyak, cat, vanish, gas asli dan gas asetilina maka alat pemadam api jenis buih perlu digunakan. Ia dapat dikenali melalui pelekat yang berwarna krim dan berfungsi untuk menyelimut dan menurunkan suhu. Jenis air merupakan kategori yang sering digunakan oleh pihak Bomba Jabatan Penerbangan.

3) Karbon Dioksida

Kebakaran yang berpunca daripada arus elektrik seperti papan transformer, peralatan kuasa elektrik, gas dan wap hanya boleh dipadamkan dengan alat pemadam api jenis karbon dioksida. Antara kelebihan pemadam api yang dilabel dengan pelekat berwarna hitam ini ialah gas tersebut tidak mengalirkan elektrik dan dapat menembusi tempat-tempat yang mempunyai permukaan yang kecil.

Namun harus diingatkan bahawa jenis ini tidak sesuai untuk memadamkan kebakaran jenis lain dan juga tidak mampu untuk memadamkan kebakaran yang besar.

3) Serbuk Kering

Dilabel dengan pelekat berwarna biru, alat pemadam api jenis ini mampu untuk memadamkan kebakaran yang melibatkan bahan logam dan bukan logam. Antara contoh bahan-bahan tersebut ialah kalium, magnesium, natrium dan titanium.

Keistimewaan pemadam api kelas ini ialah ia juga mampu untuk memadamkan mampu memadamkan semua jenis kebakaran. Alat pemadam api jenis serbuk kering dipercayai lebih berkesan berbanding dengan jenis karbon dioksida.

Kelas pemadam api:

Kelas pemadam api

Semua jenis alat pemadam api ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak mampu untuk memadamkan kebakaran yang besar. Setiap alat ini perlulah diletakkan di tempat-tempat yang boleh dilihat dan sewajarnya digantung
untuk mengelakkannya daripada rosak.

Pemadam api ini juga perlu diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali ianya berada dalam keadaan yang baik dan sedia untuk digunakan. Sebelum mennggunakannya, haruslah dipastikan jenis pemadam api itu terlebih dahulu kerana jika terguna jenis yang salah tidak akan memberi sebarang kesan malah akan menyebabkan kebakaran menjadi lebih besar lagi.

Jika anda memerlukan pemadam api, beli baru, servis atau renew certificate hubungi kami sekarang!