SELALU MELIHAT KEBAKARAN KENDERAAN DI DADA AKHBAR DAN TV?

Beberapa tahun ini, media massa negara kita kerap memaparkan kebakaran-kebakaran kenderaan yang berlaku terutamanya selepas berlaku kemalangan atau tiba-tiba terbakar. Apakah petanda ini? Ini menunjukkan kebakaran kenderaan semakin meningkat. Tidak kira semahal mana pon kenderaan anda, ia tetap boleh terbakar bila cukup ‘syaratnya’. Belum ada lagi syarikat pengeluar kereta yang memberikan jaminan bahawa kereta mereka tidak akan terbakar, adakah anda perasan tentang itu?

Di bawah adalah paparan kebakaran yang melibatkan kenderaan. Kami pasti tidak ada seorang pon dikalangan kita yang ingin menjadi mangsa kejadian tersebut. Tetapi apakah persiapan kita? Kerana malang itu tidak berbau.

Ya, kenderaan anda telah diinsurankan. Tetapi bagaimana dengan harga nyawa anda dan keluarga anda? sememangnya ia tidak ada pengganti. Sekurang-kurangnya sekiranya berlaku kebakaran pada anda atau kenderaan berdekatan, anda mempunyai ‘senjata’ hebat bagi menidakkan kebakaran daripada berlaku dan mungkin anda telah menyelamatkan nyawa beberapa insan. Jadi simpanlah alat pemadam api di dalam kenderaan anda sebagai persiapan.

Fire safety Equipment