Sprinklers | Ambrose Godfrey

Sejarah Fire Sprinkler (Pemercik Air)

Pada tahun 1723, Godfrey telah mencipta Sistem Sprinkler Automatik yang pertama. Ambrose Godfrey menggunakan serbuk senapang untuk melepaskan jumlah air yang banyak untuk memandamkan api. Reka bentuknya amat berkesan untuk memadamkan api dengan cara: api akan cetus pada fius yang disambung pada serbuk senapang. Dan ianya akan menyebabkan letupan kecil dan melepaskan kuantiti air yang banyak untuk memadamkan api tersebut.

Sprinkler moden pertama

Hampir 100 tahun kemudian, pada 1812 terciptalah Sistem Sprinkler Moden yang pertama dan dipasang di Theatre Royal di London, reka bentuk yang memanfaatkan dari pereka British William Congreve. Ini ketengahkan sistem yang menggunakan Airtight reservoir yang mengandungi kira-kira 100 tan air. Jika berlakunya kebakaran tangkungan ini akan menyalurkan air ke paip kecil yang sudah ditebuk lubang kecil dan membuat percikan air

Sistem automatik pertama

Seterusnya pada 1860, salah satu isu utama dengan reka bentuk Congreve adalah sistemnya bukan automatic. Dengan itu, bermula dari 1860, pencipta akan tampil dengan reka bentuk yang membolehkannya berfungsi sendiri. Tetapi, tidak sampai 12 tahun kemudian Philip W. Pratt mempatenkan Sistem Sprinkler Automatik pertama

Dari 1872 hingga dua tahun kemudian iaitu 1874, Henry S. Parmalee dari New Haven, Connecticut perbaiki berdasarkan paten Pratt dan membuat dan memperbaiki sistem baru tersebut. Sebenarnya ramai yang menganggap Parmalee sebagai pencipta kepala Sprinkler automatik praktikal pertama. Kepala Sprinkler ini dikendalikan secara individu, dengan haba panas api menyebabkan mentol yang berada didalam untuk pecah dan mengeluarkan air. Pada masa itu, Parmalee mempunya kilang piano dan dia percaya dengan kebolehan kepala Sprinkler itu, Parmalee juga meletakkan reka bentuk itu di kilangnya

Tujuh tahun kemudian 1881, Frederick Grinnell pemilik syarikat yang membuat sistem untuk Parmalee dan bercadang untuk menaik taraf reka bentuk dan paten sendiri sistem Sprinklernya. ‘Sprinkler Grinnell’ kemudian dianggap sistem Sprinkler automatik praktikal pertama.

Pembangunan berterusan pada 1890 dari Grinnell sejak tahun yang lalu akhirnya membawa kepada penemuan glass disc sprinkler system yang mana penting seperti sprinkler yang digunakan sekarang. Di France, mereka menamakan sprinkler mereka ‘le Grinnell’ sebagai satu penghormatan.

Grinnell sprinkler heads - RAD Fire Sprinklers

Selepas 63 tahun Grinnell terus untuk sempurnakan reka bentuknya degan menggunakan inovasi baru dan lebih baik. Namun, ia tidak sampai 1953 kemajuan besar seterusnya berlaku. Berikutan perang, penyelidikan oleh pihak kilang mengenal pasti faedah menggantikan sprinkler patern konvensional dengan sistem spray sprinkler yang lebih berkesan. Ini kemudian menjadi reka bentuk standard industry.

Sejak 1954, reka bentuk fire sprinkler masih belum tersentuh, dengan lebih banyak tumpuan diberikan untuk meningkatkan keselamatan kebakaran secara keseluruhan.

Sehingga tahun 2000, sebagai hasil lobi oleh gabungan National Fire Sprinkler Network, European Fire Sprinkler Network dan British Automatic Fire Sprinkler Association, sprinkler mula menjadi lebih biasa dipasang di hospital, sekolah, hotel dan bangunan awam yang lain

11 tahun kemudian, pada tahun 2011, Wales menjadi negara pertam di dunia yang mewajibkan pemasangan fire sprinkler di rumah baru, dengan undang-undang mereka berkuatkuasa pada tahun 2013.

Berikutan bencana Menara Grenfell pada tahun 2017, usaha keselamatan kebakaran uga baru-baru ini meningkat di Skotlandia, dengan undang-undang baru datang untuk memastikan pemasangan fire sprinkler adalah wajib di flat baru.