Tahukah anda bomba telah menyarankan agar semua kenderaan untuk meletakkan alat pemadam api kereta. Mungkin banyak kes kebakaran kenderaan yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Terengganu, Khir Amir Ahmad telah menyarankan agar pemilik kenderaan menyediakan alat pemadam api di dalam kenderaan mereka.

Memetik laporan Bernama, alat berkenaan bahkan sepatutnya menjadi sesuatu yang sangat penting dan wajib ada pada semua kenderaan.

“Orang ramai sanggup berbelanja besar untuk membeli aksesori tambahan untuk kenderaan mereka, tetapi tidak sanggup untuk membeli pemadam api yang kosnya sekitar RM60 sahaja untuk setiap kilogram,” ujar beliau.

“Sekiranya berlaku kebakaran pada kenderaan anda, cara paling mudah dan pantas untuk mengatasinya adalah dengan alat pemadam api (fire extinguisher) sebelum menunggu bantuan Bomba tiba,” jelas beliau lagi.

Khir turut menyatakan, api pada sesebuah kenderaan akan merebak dengan sangat pantas – iaitu dalam masa lima ke enam saat sahaja – dan sekiranya ada alat berkenaan di dalam kereta, kebakaran dapat dibendung dengan pantas sekaligus dapat mengelakkan kerugian yang lebih besar terhadap pemilik.

Dapatkan alat pemadam api untuk kereta. Lindungi keselamatan diri dan keluarga anda!

Jika anda merupakan pemandu e-hailing seperti Grab, Mycar dan sebagainya, anda wajib mendapatkan Alat Pemadam Api kereta yang sesuai untuk kenderaan anda.

Ramai yang salah faham, menganggap alat pemadam api tidak boleh diletakkan di dalam kenderaan, kerana risau akan meletup akibat haba panas. Tapi sebenarnya, pendapat tersebut salah, alat pemadam api yang diluluskan SIRIM mampu bertahan dalam cuaca panas dan sesuai untuk kenderaan.

Jangan sesekali beli alat pemadam api untuk kenderaan yang dijual dengan harga murah di Shopee, Lazada dan sebagainya, kerana kebanyakannya tidak diluluskan oleh SIRIM dan Bomba. Pastikan anda check kelulusan SIRIM sebelum beli atau dapatkan dari kontraktor yang berdaftar.