Enjin kereta tidak dimatikan ? Sering kali kita dengar mengenai bahaya jika enjin menyala ketika isi minyak petrol di stesen minyak.
Apabila muncul mitos automotif, tetap ada sedikit sebanyak kebenaran di sebaliknya. Begitu juga mitos (atau fakta?) ini. Benarkah mengisi minyak ketika enjin dihidupkan menyebabkan bahaya? Disini kami akan kongsikan mengenainya.
Wap petrol (vapour) hanya akan terbakar dalam julat tipis, iaitu 2-8 peratus kandungan udara. Jika kurang 2 peratus, wap petrol tidak cukup untuk terbakar, dan jika lebih 8 peratus pula, oksigen pula tidak cukup untuk bergabung dengan wap petrol.
Jadi sekali lagi, tiada pembakaran berlaku. Perkara ini ada kaitan dengan 3 bahan untuk pembentukan api.
Tetapi, apabila enjin sedang hidup, ada beberapa item yang menghasilkan percikan, seperti palam pencucuh dan itu jadi satu-satunya masalah jika penebat rosak.
Boleh jadi juga disebabkan motor penghidup tetapi komponen itu tersimpan jauh dalam ruang enjin yang mana oksigen dan wap petrol tidak dapat sampai dalam konsentrasi campuran tepat.
Disebabkan itu, ramai individu yang berasa takut jika terdengar bunyi enjin kereta orang lain menyala sewaktu mereka mengisi minyak petrol.
Tidak salah sekiranya seseorang individu itu tidak mematikan enjin sewaktu isi minyak tetapi perbuatan tersebut boleh membawa kepada risiko berlakunya kebakaran walaupun kemungkinannya agak rendah.
Walaupun kemungkinannya rendah, kita janganlah sesekali mengambil remeh atas tindakan itu.
Tetapi terdapat beberapa sebab lain yang mewajibkan individu untuk mematikan enjin sewaktu mengisi minyak petrol.
Risiko untuk berlaku kebakaran itu tinggi, tapi kemungkinannya rendah. Akan tetapi ianya juga diwajibkan atas sebab lain.
Selain daripada risiko terbakar, alasan utama kenapa kita kene matikan enjin sewaktu isi minyak adalah untuk elakkan KECUAIAN.
- Bila enjin nyala, anda akan hilang fokus pada tindakan mengisi minyak yang sedang anda buat. Mula lah timbul risiko-risiko yang lain selain daripada kebakaran.
- Kemungkinan untuk anda tertarik hos & nozzle itu tinggi sebab bila enjin menyala, ianya hanya perlukan 1 langkah sahaja untuk bergolek/berjalan.
- Selain itu kemungkinan untuk penjenayah mencuri kereta anda wujud, sebab kunci akan tertinggal di dalam kereta dan anda sedang sebuk mengisi minyak.
- Ini sekiranya anda memiliki kereta yang akan terkunci secara automatik, dan kunci anda tinggalkan dalam kereta.
- Sekiranya anda mempunyai anak-anak kecil. Sekiranya mereka tertekan hand break itu tinggi. Ini boleh menyebabkan kereta berjalan, dan kemungkinan juga kemalangan boleh berlaku.
Ingat ye kecuaian ini berlaku atau terjadi tanpa kita sedar.
Seterusnya, kita jangan lupa ketika mengisi minyak, ada pemandu lain di belakang dan sebelah, tetapi tiada juga kebakaran berlaku. Begitu juga kenderaan lain yang sedang keluar dan masuk ke stesen minyak. Apapun, kita harus ingat stesen minyak perlu mematuhi peraturan keselamatan. Ianya baik diri kita dan juga orang lain.
Stesen minyak perlu dilengkapi peranti perangkap untuk tangki simpanan dan pam minyak yang bertujuan menghentikan wap petrol memasuki atmosfera dan menyebabkan pencemaran, termasuk membantu memastikan wap petrol di stesen di bawah tahap konsentrasi yang boleh mencetuskan kebakaran.
Sekarang ini kita semua sudah tahu kenapa sesetengah enjin kereta tidak dimatikan oleh mereka.