Karbon monoksida merupaka punca utama kematian akibat keracunan udara.
Gas beracun karbon monoksida adalah racun pembunuh senyap yang terhasil dari pembakaran bahan bakar tanpa oksigen yang mencukupi.
Gas karbon monoksida adalah racun pembunuh senyap yang tidak mempunyai sebarang warna dan bau, oleh itu ia dikenali sebagai “silent killer”
Sentiasa berwaspada dan jangan ambil mudah terhadap gas karbon monoksida.
Gas karbon monoksida adalah racun pembunuh senyap. Karbon monoksida terhasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang mencukupi. Ianya boleh di hasilkan dari pembakaran diesel dan petrol kenderaan, penggunaan gas untuk alat pemanas dan semasa memasak.
Bagaimanakan Karbon Monoksida Menyebabkan Kematian Semasa Mangsa Sedang Tidur Di Dalam Kenderaan?
Pembakaran bahan bakar di dalam engin kenderaan menghasilkan banyak gas sampingan yang dikeluarkan sebagai asap ekzos. Asap ekzos ini mengandungi gas yang merbahaya seperti karbon monoksida, hidrokarbon dan nitrogen oksida.
Ketika memandu, sistem ekzos yang baik akan membebaskan gas-gas beracun ini ke persekitaran dengan lancar dan selamat. Masalah timbul apabila sistem ini bocor dan lebih buruk lagi apabila kenderaan tidak bergerak.
Tanpa di sedari, gas yang tidak mempunyai bau dan rasa ini akan masuk menerusi saluran pernafasan dan seterusnya ke saluran darah.
Gas beracun ini akan bercampur dengan hemoglobin (bahagian sel darah merah yang membawa oksigen), lalu membentuk carboxyhaemoglobin. Apabila ini berlaku, darah tidak lagi mampu membawa oksigen dan kekurangan oksigen menyebabkan sel dan tisu badan gagal berfungsi.
Apakah gejala keracunan Karbon Monoksida?
Gejala awal bagi keracunan gas karbon monoksida yang paling biasa adalah sakit kepala, pening, lesu, sakit perut, muntah, sakit dada, dan kekeliruan. Tetapi sekiranya gas ini dihidu semasa anda sedang tidur, anda tidak akan menyedari sebarang perubahan ini dan akhirnya menyebabkan kematian. Gas karbon monoksida adalah racun pembunuh senyap.
Tips Pencegahan Keracunan Karbon Monoksida.
Elakkan memanaskan enjin dengan asap ekzos dibebaskan di dalam kawasan rumah. Asap ekzos yang memenuhi ruang rumah mengandungi gas karbon monoksida dan boleh menyebabkan keracunan terutama kepada kanak kanak kecil.
Jangan tidur ataupun sekadar berehat walaupun cuma sebentar di dalam kenderaan dengan enjin terpasang.
Pastikan sistem ekzos anda di periksa dan diselenggara secara berkala. Ingat, kebocoran kecil boleh menyebabkan kematian.
Jangan sekali-kali membakar arang atau menjalankan aktivit BBQ di dalam atau di kawasan rumah. Pembakaran arang akan membebaskan gas karbon monoksida ini.
Jangan gunakan dapur gas mudah alih yang biasa di gunakan untuk perkemahan di dalam rumah. Pembakaran gas itu juga membebaskan gas karbon monoksida ini.
Sekiranya kediaman anda memiliki sistem pemanasan seperti pemanasan air, peralatan pembakaran gas, minyak, atau arang batu pastikan ia di selenggara secara berkala.
Jika anda mengesan sebarang kebocoran pada peti sejuk, pastikan ianya di periksa segera.
Sekiranya anda menggunakan sistem pemanasan rumah menggunakan gas, pasang alat pengesan gas karbon monoksida di dalam rumah anda. Penggera akan di aktifkan sekiranya alat ini mengesan kehadiran gas karbon monoksida.
Menghisap shisha di dalam rumah atau restoran (paip shisha menggunakan arang dan tembakau). Penggunaan arang ini akan membentuk gas karbon monoksida.
Kongsikan informasi ini jika anda rasa ianya penting, keracunan karbon monoksida pembunuh senyap!
Selain itu, penting untuk anda mengetahui langkah-langkah mencegah kebakaran di rumah anda dan alatan yang sesuai digunakan untuk mencegah kebakaran dan ketika berlaku kebakaran.
Sumber dari : Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)