Mencegah Kebakaran

1. Keselamatan Di dapur

Semasa memasak hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya. Pastikan keadaan dapur bersih dan tidak berminyak. Jangan memasak dalam keadaan yang letih atau mengantuk

2. Ruang alat pemanas
Letakakan alat pemanas pada jarak 3 kaki atau satu meter daripada sebarang sebarang benda yang mudah terbakar.

3. Perkakas Merokok
Pastikan bekas abu rokok yang digunakan besar dan lebar. Basahkan bekas tersebut sebelum digunakan kemudian jangan merokok ketika hendak tidur.

4. Mancis dan Pemetik Api
Pastikan bahan seperti mancis dan pemetik api disimpan ditempat yang selamat supaya dapat dielak daripada kanak-kanak

5. Elektrik
Gantikan wayar yang telah rosak atau terpintal. Sentiasa peka terhadap barangan letirk yang digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap dan terlampau panas

6. Lilin
Semasa menggunakan lilin pastikan ia jauh daripada benda yang mudah terbakar dan daripada tiupan angin

LENGKAPKAN RUMAH ANDA DENGAN ALAT PENGESAN ASAP

7. Alat Pengesan Asap
Setiap rumah hendaklah dipasang sekurang-kurangnya satu unit alat pengesan asap.Keutamaan di ruang dapur disarankan, untuk memastikan keselamatan keluarga dan amatlah baik disyorkan agar disetiap bilik dipasang alat tersebut

8. Sentiasa Membuat Pemeriksaan
Periksa alat tersebut setiap bulan. Gantikan bateri setiap tahun sekali. Apabila alat pengesan ini berbunyi menandakan bateri sudah lemah dan perlu ditukar dengan segera. Tukarkan alat tersebut setiap 10 tahun sekali. Dapatkan yang mudah alih.

TAHUKAN ANDA CARA MENYELAMAT DIRI JIKA BERLAKU KEBAKARAN ?

9. Perancangan untuk melepaskan diri
Pastikan setiap rumah mempunyai satu lakaran untuk melepaskan diri dari sebarang kebakaran, dengan itu sesiapa yang berada di dalam rumah mengetahui bagaimana hendak menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran.

10. Merangkak di dalam asap
Cara yang betul menyelamatkan diri daripada asap yang tebal, pertama cuba merangkak ke lantai dengan menggunakan kedua-dua tangan, siku dan lutut. Kedua, pastikan kepala anda 30-60 cm ( kurang daripada2 kaki ) dari aras lantai.