Setiap bangunan premis mempunyai prosedur keselamatan tersendiri bagi menghadapi situasi cemas yang mungkin berlaku. Kebanyakkan bangunan sekarang mempunyai lif dan digunakan oleh ramai orang kerana ia memudahkan pengguna dan selamat digunakan oleh semua peringkat usia. Kenapa penggunaan lif tidak dibenarkan sewaktu kebakaran ?

Lif merupakan jalan paling mudah dan cepat untuk turun ke bawah dan keluar dari bangunan berbanding tangga.

Seperti yang semua orang tahu dan sedia maklum, kita tidak dibenarkan sama sekali untuk mengunakan lif ketika kebakaran. Terpampang di tepi lif dengan papan tanda memberi peringatan untuk menggunakan tangga ketika kebakaran.

Bagaimana pula jika mereka yang tinggal di tingkat atas seperti tingkat 20 dan ke atas? Mahu tercabut kaki turun tangga.

Larangan ini sebenarnya untuk kebaikan dan keselamatan orang ramai. Kami ini mengkongsikan pada anda semua faktor yang menyebabkan kita tidak boleh menggunkan lif ketika kebakaran.

Sesetengah orang mungkin tertanya-tanya “Jika berlaku kebakaran di bangunan, mengapa tidak dibenarkan untuk menggunakan lif? Kerana dikhuatiri ketika pintu lif terbuka, api akan terus menyambar kepada orang yang berada di dalam lif, dikhuatiri sistem lif rosak akibat kebakaran dan akan mengakibatkan mangsa terperangkap dalam lif dan makin menyukarkan tugas untuk menyelamat.

Selain itu, ini adalah kerana sistem lif dilengkapi dengan sistem homing. Jika berlaku kebakaran, data akan dihantar ke panel penggera kebakaran (FAP) dan akan menghantar isyarat ke sistem lif.

Semua lif akan turun ke tingkat G dengan lampu dan ventilasi yang dimatikan. Hanya lif Bomba sahaja boleh digunakan secara manual oleh pihak Bomba.

Setiap tangga perlu mempunyai audiocom. Apa fungsi audiocom ini ? Audiocom ini berfungsi untuk panggilan kecemasan supaya mangsa dapat berkomunikasi dengan pihak berkuasa yang berada di bilik kawalan untuk memberitahu pihak Bomba mengenai situasi, seterusnya mengiringi mereka ke tempat yang lebih selamat.

Untuk tahu di mana berlaku kebakaran, ada satu sistem ini dikenali sebagai Sandwich alarm. Jika berlaku kebakaran di tingkat 8, maka panel penggera di tingkat 7 dan 9 akan berbunyi maksimum untuk memberitahu kebakaran di tingkat atas dan bawah.

Kipas tekanan dan kipas udara segar akan berfungsi untuk membekalkan udara. Oleh sebab itu jika berlaku kebakaran, kita perlu menggunakan tangga kerana semua lif akan berada di tinggat G dan tidak akan berfungsi , hanya lif Bomba sahaja yang akan berfungsi dengan cara manual yang boleh dilakukan oleh pihak Bomba.

Diharapkan dengan perkongsian mengenai penggunaan lif tidak dibenarkan sewaktu kebakaran ini menjadi manfaat buat semua.