PERFORMANCE BASED APPROACH (PBA)

Di Malaysia, adalah suatu kemestian untuk mematuhi kesemua klausa yang terdapat di dalam kod preskriptif bangunan iaitu Uniform Building by-Law (UBBL) 1984:2012  dan Sarawak Building Ordinance 1994:2008, namun dibolehkan menggunapakai pendekatan Performance Based Approach (PBA) khususnya untuk projek pembangunan yang tingginya melebihi 150 meter, berkeluasan melebihi sejuta meter persegi serta pembangunan bercampur (mixed development) di mana kategori projek seperti ini sukar dalam mematuhi kehendak pemetakan dan  jarak perjalanan sepertimana ditetapkan dalam UBBL berikut:-

Jadual Ketujuh

“Maximum travel distances to exits and dead-end limits shall be specified in the Seventh Schedule of By-Laws. Limits when alternative are available for shops are 45 meters (sprinklered building)”.

Jadual Kesembilan

“Dimensions of Buildings and Compartments Maximum Limits of Dimensions – 4000m² (3700m² under SBO 1994 by Law) or 14000m³ (under sprinklered building”.

Performance Based Approach di Malaysia

Performance Based Approach telah dipraktikkan di Malaysia sejak 2003 lagi. Makanya, PBA adalah terpakai JIKA jarak perjalanan dan pemetakan dalam pelan arkitektural melebihi Jadual Ketujuh dan Kesembilan. Boleh bayangkan tak KLIA kita tu setiap 4000m² akan dibina dengan pemetakan? Big Shopping Mall seperti AEON, GIANT, TESCO dengan jarak perjalanan yang terhad dan juga di bina pemetakan? Begitulah berikutnya bagi setiap had keluasan tersebut, mesti pelik kan? Ditambah pula dengan ke’unik’an pelbagai rekabentuk dan kepelbagaian fungsi bangunan besar termasuk bangunan pencakar langit sekarang yang jelas menyukarkan pematuhan kepada Kod Preskriptif Bangunan tersebut.

Pihak Bomba amat menggalakkan pematuhan kepada Kod Preskriptif Bangunan, kerana itulah hanya pemetakan dan jarak perjalanan sahaja dibenarkan untuk dipatuhi dan digantikan dengan PBA tetapi dengan alternatif sistem pengurusan asap dengan menggunapakai piawaian MS 1780: 2017 dan AS/NZS 1668-1:2015. Di Australia dan Jerman misalnya, hampir semua pematuhan Kod Preskriptif bangunan boleh menggunakan kaedah PBA termasuklah pintu api! Ini disaksikan sendiri oleh penulis sendiri yang berpeluang berkunjung ke sana semasa menghadiri kursus Fire Safety in Nuclear Power Plant tajaan EU pada 2013-2014 yang lalu.

Di sinilah peranan dan tanggungjawab Perunding Keselamatan Kebakaran (Fire Consultant) untuk menyediakan engineered simulation terhadap sistem pengurusan asap yang dihasilkan dengan menggunakan Computational Fluid Dynamics (CFD) atau perisian lain untuk tujuan pemodelan dan kajian evakuasi.

Mereka yang dilantik inilah (Fire Consultant) yang akan mencadangkan dan membentangkan kepada Authority Having Jurisdiction (AHJ), iaitu BOMBA bahawa kawasan pemetakan yang lebih besar tidak menjejaskan keselamatan nyawa serta ketahanan bagi menampung beban di kawasan pemetakan tersebut  sekiranya berlaku kebakaran. Oleh itu penghuni mempunyai jalan keluar yang selamat.

Secara prinsip asas, pendekatan PBA adalah untuk pengurusan asap (smoke management)  dan kaedah evakuasi ( evacuation) yang betul dan Fire Consultant akan diminta untuk meneliti dengan terperinci sepanjang proses ini. Disinilah dimana kita perlu jelas dalam memastikan bahawa perimeter yang dicadangkan oleh mereka tepat pada bahagian simulasi, pengiraan dan dokumentasi.

Selain perisian CFD untuk pemodelan asap, pihak konsultan turut mengaplikasi perisian lain seperti SYLVIA, CFAST, LUMP PARAMETER dan lain-lain manakala contoh perisian untuk kajian evakuasi seperti SIMULEX dan PATHFINDER turut digunakan. Apa yang peru diperhalusi sebenarnya adalah pematuhan piawaian pengurusan asap berdasarkan MS 1780:2017 dan AS/NZS 1668-1:2015 bergantung pada hasil perbincangan antara pelanggan, perunding dan AHJ. Ini termasuklah sprinkler system (NFPA 13) yang akan dikaji semula jika perlu kepada aplikasi Early Suppression Fast Response (ESFR) sprinkler yang direka khas bagi kawasan ber’atrium’ atau large void area.

Apa yang ingin dilihat semasa pengujian langsung dilakukan terhadap projek PBA ini adalah: penglihatan jelas melebihi 10 meter, ketinggian lapisan asap (smoke layer) 2.5 meter dan sudah pasti semua sistem pengekstrakan asap berfungsi sewajarnya begitu juga tirai asap (smoke curtain), penggera dan lain-lain. Pada saat pengujian dilakukan, kita boleh selitkan sekali dengan pengujian passive and active system lain seperti ujian pada lif, fire rated roller shutter dan sebagainya kerana pengaktifan PBA ni adalah secara ‘zoning’ lebih kurang seperti pengujian electrical isolation switch testing. Ini penting dalam memastikan memang ujian PBA tersebut berfungsi dengan baik bukan sekadar secara teori tetapi juga secara praktikal.

Perkara yang boleh ditambahbaik di masa akan datang tatkala pengujian dilakukan, mungkin kitab oleh menggantikan penggunaan conventional smoke gun (cold smoke) sebaliknya menggunakan kaedah real live test untuk menghasilkan asap panas yang sebenar. Begitu juga halnya dengan kadar pembebasan haba 5MW yang dari dulu lagi digunapakai termasuklah air change per hour (ACH) fan extractor bagi pengekstrakkan asap kerana evolusi yang telah berlaku dalam bidang Keselamatan Kebakaran ini telah menukar hampir segalanya termasuklah bahan yang digunakan. Maka, masih relevankan 5MW? Lihatlah di sekeliling kita, betapa banyaknya “fire loads” yang kebanyakannya dihasilkan dari produk berasaskan petroleum-based products (CHO). Termasuklah pakaian kita yang dihasilkan dari polister, polyethylene dan sebagainya. Ini fakta yang harus kita akui.

Dan tahukah anda, bahawa kos diperlukan untuk latihan ujian PBA ni antara MYR20-40K bagi ujian untuk beberapa minit sahaja. Jadi elok rasanya kita mengadaptasi sepenuhnya Performance Code (pre engineered) seiring dengan perubahan yang berlaku agar pengujian PBA yg dilakukan mencapai objektif tanpa ada keraguan dan secara tidak langsung dapat menyelamatkan nyawa anggota Bomba dan orang awam.

CFD simulation

Figure 1.0 Contoh simulasi menggunakan CFD simulation untuk menguji pergerakan asap di dalam bangunan. Perisian dan versi boleh juga berbeza-beza. (source: youtube.com)

performance based approach

Figure 2.0 Contoh simulasi pengungsian bangunan menggunakan simulex/pathfinder simulation bagi menguji proses evakuasi penghuni di dalam bangunan (source: youtube.com)

Sekiranya pihak anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Performance Based Approach atau apa-apa persoalan berkenaan dengan Fire Safety Design dan Fire Protection System, AITO bersedia membantu anda. Kami menyediakan konsultasi dan latihan bagi membantu anda. Hubungi kami melalui email atau telefon 03 7831 4791