Soalan Lazim
Jika anda masih mempunyai soalan yang masih tidak terjawab, jangan segan untuk menghubungi kami
Bagaimanakah memperbaharui Resit alat pemadam api?
Jawapan
Resit alat pemadam api(H13) telah ditukarkan kepada Barcode Sticker setelah sistem eFEIS berkuatkuasa pada 1 Jun 2013. Proses untuk memperbaharui Resit Alat Pemadam Api adalah seperti berikut :
-
Pemilik Alat Pemadam Api (APA) hendaklah membawa APA yang ingin diperbaharui atau alat pemadam api yang baru ke syarikat penyelenggara alat pemadam api yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS
-
Syarikat penyelenggara (kontraktor) alat pemadam api tersebut hendaklah membawa alat pemadam api dan surat yang telah diisi oleh pemilik alat pemadam api ke pusat-pusat eFEIS yang berhampiran
-
Terdapat 108 pusat eFEIS di seluruh Malaysia
-
Pegawai di Pusat eFEIS akan meneliti permohonan dan memastikan alat pemadam api tersebut berada dalam keadaan baik untuk mendapatkan barcode sticker
-
Segala data akan disimpan di dalam system eFEIS secara berkomputer dan tidak boleh dipinda
Sekiranya alat pemadam api saya tidak pernah digunakan adakah ia masih perlu diservis untuk memperbaharui sijil (eFEIS)?
Jawapan
Ya, ini kerana bagi tujuan untuk memperbaharui sijil yang dikeluarkan oleh jabatan bomba, alat pemadam api tersebut perlu diservis dengan kaedah yang telah ditetapkan.
Sekiranya alat pemadam api saya tidak pernah digunakan adakah ia masih perlu diservis untuk memperbaharui sijil (eFEIS)?
Jawapan
Ya, ini kerana bagi tujuan untuk memperbaharui sijil yang dikeluarkan oleh jabatan bomba, alat pemadam api tersebut perlu diservis dengan kaedah yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita mendapatkan sijil dari jabatan bomba yang dilekatkan pada alat pemadam api (efies) tanpa menservis alat pemadam api tersebut?
Jawapan
Tidak boleh kerana ianya mestilah diservis terlebih dahulu.
Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada alat pemadam api saya masih dalam keadaan baik?
Jawapan
Di setiap alat pemadam api terdapat tolok tekanan (pressure gauge) yang dipasang bagi membolehkan pengguna mengetahui tekanan di dalam tong dalam keadaan baik. Pastikan jarum tolok berada di kawasan hijau dan bukannya di kawasan merah.
Apakah yang dilakukan oleh syarikat tuan bagi menservis sesuatu alat pemadam api?
Jawapan
Pihak kami akan membersihkan luaran tong, mengeluarkan semua debu kering yang berada di dalam tong, melakukan ujian kebocoran pada injap tong, menukar seal pada tong, pembersihan hos, memastikan berat debu kering bersamaan dengan jumlah yang sepatutnya dan seterusnya memohon sijil bomba bagi alat pemadam tersebut.
Telefon :
03-78312791
Alamat :
27-27-1, Jalan Neutron U16/Q, Seksyen U16, Denai Alam, 40160, Shah Alam, Selangor
Email :