Bagaimana cara guna Alat Pemadam Api Ringan (Fire Extinguisher)?
Di Malaysia, pihak bomba sangat menitikberatkan tentang hal kesedaran masyarakat mengenai bahaya kebakaran. Malah dari peringkat sekolah juga mereka telah didedahkan mengenai cara menggunakan alat pemadam api serta menghentikan kebakaran.
Selain itu, di Malaysia juga terdapat banyak kes kebakaran yang berlaku yang melibatkan kehilangan nyawa dan juga tempat tinggal.
Apabila berlaku sahaja kebakaran semua orang akan menjadi panik. Perkara yang pertama yang anda lakukan adalah menjerit ‘Api… Api… Tolong’ dan dalam masa yang sama kita juga cuba melepaskan diri dari situasi terperangkap itu.
Disini akan menekankan teknik atau kaedah utama dalam memadamkan api. Cara guna alat pemadam api ini dipanggil sebagai kaedah P.A.S.S.
Akronim P.A.S.S itu terdiri dari PULL, AIM, SQUEEZE dan SWEEP.
Pull: Pull the pin (Tarik Picu)
Kebanyakkan alat pemadam api di Malaysia mempunyai picu yang dilengkapi Bersama tali keselamatan di alat pemadam api tersebut. Tali keselamatan itu berfungsi untuk mencegah tumpahan bahan pemadam.
Cara untuk menarik picu adalah dengan memusingkan pin untuk memutuskan tali keselamatan dan boleh mencabut kunci picu. Dengan hanya pusing dan menarik keluar picu tersebut, alat pemadam api tersebut boleh digunakan.
Aim: Aim at the base of the fire (Halakan penyembur ke pangkal api).
Setelah anda menarik picu keluar, anda perlu menghalakan penyembur ke pangkal api dari jarak 1.5 meter. Anda perlu memastikan anda menyembut itu di halakan ke pangkal api kerana pangkat itu merupakan sumber kebakaran yang sedang aktif.
Squeeze: Squeeze the lever (Tekan pemicit)
Anda perlu menekan pemicit dengan kadar segera dan anda juga perlu berpada-pada ketika menekan pemicit supay bahan pemadam api tidak habis sepenuhnya.
Sweep: Sweep from side to side (Layangkan ke kri dan ke kanan).
Anda perlu meratakan bahan pemadam api semasa menekan pemicit ketika anda sedang menghalakan penyembur itu ke pangkalan api. Layangkan penyembur itu ke kiri dan kanan.
Anda juga perlu memerhatikan arah angin sekirangnya anda berada di luar supaya api tidak menghala kearah anda atau anda juga boleh memadamkan kebakaran itu melawan arah angin.
Untuk memastikan keselamatan anda, sila berhati-hati semasa memadamkan api kerana api akan sentiasa mencari bahan yang mudah bakar dan boleh mengakibatkan api ternyala semula.
Jika api terlalu marak atau susah dikawal, alat pemadam api juga boleh dijadikan perantara di antara anda dan pintu KELUAR/EXIT yang berhampiran.
Dengan menggunakan kaedah yang sama iaitu P.A.S.S, padam api di ruang jalan anda, beri perhatian terhadap papan tanda KELUAR/EXIT yang berwarna hijau dan keluar dari kawasan kebakaran.
Semoga kaedah P.A.S.S ini dapat memberi input yang berguna buat anda serta anda boleh menggunakannya pada masa akan datang dan untuk menyelamatkan orang yang tersayang.