Tak servis alat pemadam api? Ini yang berlaku apabila anda tak servis alat pemadam api setiap tahun.
Alat pemadam api tahan lama, tetapi ia tidak kekal selama-lamanya. Alat pemadam api yang diselenggara dengan betul berpotensi untuk bertahan selama 10 tahun atau lebih.
Cara terbaik untuk menentukan jangka hayat bagi alat pemadam api anda adalah dengan diperiksa oleh syarikat perlindungan kebakaran yang diperakui.
Untuk kegunaan komersil, pemilik perniagaan wajib lakukan pemeriksaan pada alat pemadam api setiap tahun mengikut peraturan BOMBA.
Pemilik rumah juga digalakkan mengikut jadual yang sama untuk memastikan alat pemadam mereka berfungsi sepanjang masa, setiap masa.
1. Punca utama alat pemadam api tidak berfungsi adalah disebabkan penurunan tekanan.
Pemeriksaan tolok tekanan amat penting untuk memastikan tekanan alat pemadam api berada dalam keadaan baik supaya boleh mendorong agen pemadam ke arah punca kebakaran, sekiranya perlu.
Kejadian ini biasanya melibatkan pengerasan cincin-O yang menahan gas nitrogen di dalam, dan akhirnya memberi laluan kepada gas nitrogen untuk meresap keluar, menjadikan alat pemadam api tidak dapat digunakan.
2. Tanpa pengisian semula dan servis segera boleh menyebabkan hos tersumbat atau merosakkan komponen kritikal.
Masalah dengan alat pemadam boleh bertambah buruk sekiranya pihak yang bertanggungjawab tidak menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan pada masa yang telah dijadualkan.
Anda taknak alat pemadam api tidak berfungsi apabila anda memerlukannya. Pemeriksaan yang terperinci dan menyeluruh terhadap alat pemadam api anda akan dilakukan setiap kali anda servis.
3. Satu lagi punca pemadam api tidak berfungsi adalah disebabkan hakisan.
Sama seperti silinder binaan keluli yang lain, ia akan mula terhakis selepas ia terdedah kepada alam sekitar dalam satu tempoh masa.
Ini boleh menjejaskan binaan dan juga agen pemadam di dalam silinder, sekali gus menyebabkan alat pemadam kehilangan keberkesanannya.
Alat pemadam api boleh menahan persekitaran yang melampau seperti di dalam kereta, dalam industri, dalam cuaca lembap dan lain-lain. Alat pemadam api ini direka bentuk untuk menahan haba Malaysia.
Tempat yang paling biasa untuk alat pemadam api adalah di dapur, di mana haba dan serpihan berada dalam persekitaran semula jadi, menjadikannya tempat paling mudah untuk kebakaran berlaku.
Untuk memastikan peralatan memadam kebakaran anda berfungsi sepenuhnya dan diperiksa dengan teliti bukan sahaja undang-undang yang perlu anda patuhi, tetapi ia juga penting untuk mengelakkan kecemasan yang boleh berlaku pada rumah dan perniagaan anda.
Jika anda mendapati mana-mana alat pemadam api anda perlu diservis, anda boleh menempah sesi dengan pakar kebakaran bertauliah yang berdaftar agar alat pemadan api anda diservis dengan betul dan berkualiti.
Oleh itu, mari kita fikirkan perlu atau tidak kita servis alat pemadam api. Min menyarankan anda untuk melakukan servis pada alat pemadam api anda.